Tuesday 3 February 2015

Remaja Di Media Sosial

Selfie...

SELFIE. Satu budaya popular yang baharundan menjadi fenomena dalam kalangan remaja masa kini, malah dalam kalangan orang tua pun semakin menular.
Mereka mengambil gambar sendiri kemudian memuat naik di media sosial untuk tatapan orang ramai.

Melalui pemerhafian ini, kita bongkarkan satu isu berkenaan penggunaan media sosial yang berlebihan dalam kalangan anak remaja sehingga berada pada tahap yang membimbangkan.

ANALISIS
kewujudan peranti seperti telefon pintar serta promosi pakej internet secara agresif oleh syarikat telekomunikasi telah menyebabkan penggunaan media sosial seperti facebook, YouTube, whatsapp, dan Twitter semakin meluas.

Menurut kajian penggunaan internet di Malaysia pada tahun 2012, sebanyak 87.9% daripada pengguna malaysia mengakses Facebook dan 67% menonton video YouTube. Dalam laporan United Nations, international telecommunication union(ITU), malaysia mencatat kadar keempat tertinggi mempunyai digital natives di dunia.

Digital natives ditakrifkan dalam laporan tersebut sebagai belia berumur 15 ke 24 tahun yang menggunakan internet secara aktif sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Kajian itu menunjukkan 3.9 juta rakyat malaysia sebagai digital natives yang menyumbang hampir tiga suku daripada belia dan remaja di malaysia.

Media sosial

ELAK KETAGIH

Ketagih di laman sosial menyebabkan wujudnya gaya hidup remaja yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan diri dengan aktiviti keluarga dan masyarakat.

Mereka teruja memeriksa telefon bimbit dari semsa ke semasa kerana tidak mahu terlepas apa-apa status facebook dan instagram atau mesej whatsapp yang dihantar oleh kawan-kawan.

Keterujaan ini membuatkan mereka tidak senang sekiranya tiada telefon bimbit bersama-sama mereka. Jika anda memiliki simptom-simptom diatas, maka tips ini diharaokan dapat membantu:

1> Disiplinkan diri dengan menetapkan tempoh tertentu dalam sehari untuk melayari media sosial.

2> tidak membawa telefon pintar ketika beraktiviti bersama seperti masa makan bersama keluarga.

3> Menghadiri majlis ilmu seperti kuliah, wacana,debat,usrah dan lain-lain.

4> Menyertai program sukarelawan atau melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa program yang bermanfaat di tempat pengajian mahupun di tempat tinggal anda.

5> sedar bahawa berkemungkinan orang terdekat contohnya ibu bapa, adik beradik atau sahabat karib akan tetasa hati sekiranya perhatian kita terhadap mereka semakin berkurangan.

6> meminta bantuan orang yang dipercayai untuk menegur dan memberikan perhagian khusus sekiranya kita berperilaku yang kurang menyenangkan.

7> menampal stiker mini kreatif seperti 'ALLAH maha melihat' atau 'Dah Solat?' Di telefon pintar anda sebagai peringatan kepada diri.

Sumber:majalah Gen Q isu no 35
#QalamBisu





No comments:

Post a Comment