Wednesday 8 August 2012

hukum menziarahi kubur

para ahli fiqh telah sepakat menetapkan diperbolehkan kaum lelaki untuk ziarah kubur berdasarkan hadis:


                عن عبد الله بن بريدة عن أبيه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزروها
"dari Abdillah bin Buraidah dari bapanya, sesungguhnya nabi S.A.W bersabda: "dulu aku melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kubur itu." (HR Ahmad dan Muslim)


Pada masa awal kelahiran ISLAM, nabi S.A.W melarang menziarahi kubur, sebab pada masa itu masih terbawa oleh kebiasaan kaum jahiliyah yang meratapi serta menyesali di atas kubur dengan berlebihan.

Mereka juga sering berbuat hal-hal yang bid'ah dan khurafatn di sekitar perkuburan.setelah mereka ada yang masuk islam dan sudah menetap hatinya serta telah mulai memahami syariat islam, maka nabi S.A.W membolehkan ziarah kubur.

hal itu disebabkan kerana tujuan menziarahi kubur itu adalah mengigatkan diri kita kepada akhirat dan mengambil iktibar sebanyak mungkin dari kematian itu.

Adapun hukum ziarah kubur bagi kaum perempuan, terdapat perbezaan pendapat para ahli fiqh.
Ahli fiqh dari kalangan hanafiyah berpendapat, ziarah kubur disunatkan bagi kaum lelaki dan perempuan.
Akan tetapi kebolehan bagi kaum perempuan menziarahi kubur terbatas kepada mereka yang benar-benar ingin memperoleh redha ALLAH dan pelajaran atau iktibar untuk mempertebal iman kepada ALLAH SWT dan hari AKHIRAT. perempuan yang ziarah hanya untuk membangkit-bangkit emosi, sebagaimana kebiasaan orang jahiliyah, tidak dibolehkan bahkan hukumnya HARAM, berdasarkan hadis nabi S.A.W.


"عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليهوسلم لعن زوارات القبور"

                                                                                      رواه الترميذى

" dari Abu Hurairah ra.., bahawasanya Rasulullah s.a.w melaknat wanita -wanita yang menziarahi kubur."
(HR AL-TIRMIZI)

Ancaman Rasulullah s.a.w. dengan melaknat wanita yang ziarah kubur adalah wanita yang menyesali atas kematian keluarganyadengan cara meratapinya dari atas kubur.


rujukan
~buku bimbingan solat jenazah~

No comments:

Post a Comment