Sunday 21 April 2013

dalam mencari secebis NUR


gambar hiasan



aku warawiri di bilik sendirian
sesekali aku menjengak ke luar
ku lihat pokok kelapa yang ditiup angin zuhur
muka ku diterpa dek angin yang masuk dicelah-celah jendela bilikku
aku bermonolog sendirian " ini semua ALLAH yang punya"
sunyi bilik aku hanya ditemani oleh kicauan burung
kemana pergi sang penghuni bilik ini
aku berjejel di disini
hanyalah untuk satu tujuan
mencari kemulian bukan dari sang makhluk
hanya keredhaan sang pencipta dicari.
itulah yang abadi lagi hakiki

ku tadah tangan meminta simpati dari mu
ku tahu kamu maha memahami apa yang terlubuk di hati ku
aku hanya makhluk ciptaan mu ya RABB
aku hanya makhluk yang lemah
yang tidak mampu melakukan sesuatu tanpa keizinan mu ya RABB


hatiku dirundum kepiluan dek kerana
masyarakat kini ada yang ingin mencari kemulian
 sanggup menggunakan
jalan yang engkau tidak redhai.
aku sangat sedih ya RABB
sedih dengan keadaan sekarang

satu demi satu butang keyboard ditekan 
untuk menterjemah isi hati sang penulis 
daripada sebiji huruf  menjadi perkataan 
dari perkataan menjadi sepotong ayat 
kemudian menjadi sebuah QALAM BISU
yang menjadi medan untuk aku menyampaikan sesuatu
dalam bentuk penulisan. noktah

sunyi... 
ku lihat ada sinar dan harapan yang menanti sang pejuang
seperti aku.
ku lihat senyuman dihadapan ku
ku lihat kebahagian dihadapan ku
perjuangan ku masih jauh
aku masih memerlukan semangat dri mu 
ya RABB

SUBHANALLAH
ALHAMDULILAH
ALLAHUKHBAR



hasil nukilan : QALAMBISU

2 comments:

  1. warawiri hati suci, diterjemah oleh seorang pencari.
    tika atma mula menjadi lestari,
    semoga ia diterima ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diam mengungkap seribu makna
      diam tanda setuju
      diam tanda tidak setuju
      dan macam2 lagi boleh diterjemahkan...
      diam disini bermakna sangat bersetuju dengan saudara.
      barakALLAH hufika....
      saudara mmg bagus dalam penulisan... penulisan saudara dapat mencetuskan kelainan kpd kotak pikiran sang pembaca.. tahniah saudara

      Delete