Wednesday 13 March 2013

sedang kawanku ralit mendengar bait-bait ilmu, aku melihat bulan berada di atas mimbar di depanku. aku berfikir sendirian, banyak sungguh ILMUnya. ini yang perlu aku cungkil satu demi satu darinya. Ilmu nya persis umurnya pada masa ini. aku persis anak kecil yang mahukan susu ibu, menangis untuk mendapatkannya,menagih secebis ilmu darinya. aku juga ibarat mesin vakum, perlu menyedut seberapa banyak ilmu darinya. noktah. sunyi mencengkam kalbuku. dia ibarat air di lautan, bulan di langit yang banyak memberi manfaat kepada segala makhluk yang hidup didunia ini. dia petunjuk ke jalan yang diredhai, dia ibarat lampu kalimantan yang menerangi seluruh isi rumah. dia persis bak panduan arah kepada kita dalam mengenal erti Ilmu ALLAH.


aku diam, aku masih lagi berperang dengan kaslan sendiri. walau kalbuku terdetik untuk mendalami ilmu ALLAH ini. insyaALLAH aku tidak akan menyerah kalah sebelum berperang. jika aku perlu berlari sekalipun,aku akan berlari demi untuk mendapatkan maghfirah dari ilmunya. 

bunyi penghawa dingin di dalam dewan kuliah memecah kesunyian hal, kekadang terdengar juga suara berbisik di barisan belakang. sunyi tanpa suara tolib yang lain membuat kan suara ustaz begitu jelas ke gegendang telingaku.

aku masih lagi diam,sambil tangan ku rancak mencatit apa yang di ajarkan oleh si bulan sambil mataku galak memerhati qalam arab yang tersedia tulis di dalam kitab yang berada di meja kerusi ku. aku mengalih mataku dan aku cuba merenung dalam-dalam ke arah si bulan dengan harapan aku akan mendapat secebis ilmu walaupun sekecil zarah. aku berharap, semoga ALLAH merahmati si bulan kerana sudi berkongsi ilmunya kepada aku yang masih kemaruk kepada tunjuk ajar dan kaifiyat ilmu.

aku menongkat tangan ke dagu dan aku mengelamun, entah apa yang berlari-lari di nubariku. aku tidak pandai meneka malah aku juga tidak pandai mentafsir isi nubariku dan aku tidak mahu berprasangka buruk pada nubariku sendiri.... ahhh, aku semakin longlai, dengan serta merta fokus aku untuk mengepam sebanyak mungkin ilmu ari si bulan terbang melayang, belum sempat aku menangkapnya ia berlalu dengan desiran angin yang bertiup.

aku makin tenat,parah dan ayat yang sewaktu dengannya memang sesuai digunakan untuk membuat perumpamaan terhadap diriku buat masa ini. tenggelam di dalam kaslan sendiri , entah kenapa jadi begini, aku bertanya pada batinku, namun jeritan batinku tidak dapat aku rungkaikan untuk dititipkan disini.

tangan aku meraba beg sandangkuyang berada di atas ribaku lalu aku mencapai sebuah kamera nikon dslr yang selalu menjadi peneman sejati aku disaat aku kebosanan.aku menekan butang on lalu aku membelek satu persatu gambar yang tertera di kaca kamera sambil bibirku mengukirkan satu senyuman kosong, yang tidak tahu apa maknanya.?

bunyi pembesar suara mendudu menusuk ke lubang telingaku, ekoran microphone yang digunakan oleh si bulan untuk menjadi bahan tambah ajar bagi memberi kejelasan suaranya dan bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan sampai kepada yang mahu,

aku warawiri sendirian, aku tersedar rupanya aku terlelap seketika, aku tidak dapat menahan mataku dari tertutup,bagaikan ada sesuatu yang digantung di kelopak mataku ini.. aku diam lagi,tanpa memanjangkan warkah aku pada kali ini aku mahu menamatkan qalam bisu aku ini dengan sekeping pantun:-

jauh belayar mencari dermaga
singgah mencari kain sutera 
kutahu nilaimu terlalu berharga
mengenalimu buat aku gembira
kau adalah ilmu


No comments:

Post a Comment