Thursday 26 July 2012

khas buat sahabatku asasi pengajian islam group A





sahabatku

hadirmu tiada terduga,
membawa seribu kecerian dalam hidupku,
di dalam kecerian ini, kau berkira-kira untuk membawa haluan sendiri,
pemergianmu mendatangkan seribu tanda tanya dibenakku,
jika kalam atau wadahku membuatmu terguris,
sepuluh jari aku hulurkan,maaf dipinta untuk menebus kesalahanku,
cuma yang ku harapkan kau kembali semula wahai kawan.



hasil nukilan: student foundation of islamic studies





Keseorangan aku termenung dilamun jauh
menghayati desiran angin dibuai sayu
untuk mencari teman setia yang teguh
tidak seperti kuntuman bunga yang layu

Kini aku telah menjumpai dirimu
walau tidak ku tahu sikapmu
namun kegembiraan terbayang juga disudut hatiku
kerana sempat berkenal dan berbicara denganmu

Fahamilah diri ini
aku tahu kau punya keistimewaan tertentu
tapi aku cuma yang ada hanyalah sekadar hidup didunia
yang berbekalkan ilmu kesabaran
iaitu hati dan sentimental sahaja

Entah mengapa disebalik tabir ku berkenalan dan berbicara denganmu
telah mendirikan satu kekuatan dalam diriku
dengan semangat dan tekad yang kuat
dalam usaha untuk menjejaki dan mengejar kejayaan.


hayatilah lagu ini
ingatlah daku dalam doa mu
terima kasih duhai sahabatku
atas apa yang kamu berikan

10 jari aku susun pohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki
semoga kita bertemu lagi

insyaALLAH

semoga ALLAH pertemukan kita semula.

ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment