Sunday 10 March 2013

pernahkah kita fikir sebelum ini.......

Assalamualaikum wbt.. harap semua yang membaca nukilan bisu ini didalam rahmat ALLAH swt dan lingkungan kesihatan. insyaALLAH..

hari ni aku mahu kongsikan something.....sebagai muhasabah diri aku dan kamu,kamu n kamu yang membaca blog aku ini... semoga mendapat syafaat dari apa yang ingin aku kongsikan
.pernahkah kita fikir

syukur
ini satu lagi kelalaian kita. kita jarang dan kadang2 lansung tidak bersyukur dgn nikmat yg diperolehi.
renungkan sejenak, setiap kali kita menerima gaji, pernahkah kita menciumnya sambil melafazkan syukur Alhamdulillah di atas rezeki tersebut?? pernahkah??

setiap kali kita mengeluarkan wang daripad mesin ATM dan ditegur kawan, " wah ,banyak duit," apa jawab kita?? selalunya kita akan berkata , " mana banyak,. ini pun tak cukup. kejap lagi habislah." susah sangatkah kita untuk berkata " ALHAMDULILLAH,rezeki bulan ini. bolehlah bayar bil dan sebagainya."

setiap kali mendapat gaji , pernahkah kita memperuntukkan sepuluh atau lima ringgit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau? sebaliknya , kita sudah mula mengira untuk membeli itu dan ini.

apabila ada yang berkata, " tahniah, anak kamu cemerlang di dalam peperiksaan .tak sangka aku" apakah jawapan kita? selalunya kita akan menjawab, " itu semua kerana kesungguhan dia mengulangkaji pelajaran. kadang-kadang sampai pagi. lagipun aku hantar dia ke kelas tambahan kat pekan sana. kalau nak anak kamu cemerlang macam anak aku,jangan lupa hantar dia ke kelas tambahan yang aku cakap tadi." apakah jadi satu kesalahan jika kita sambut pujian orang dengan kata-kata, " Alhamdulillah ... dengan izin ALLAH dan kesungguhan dia, maka itulah hasilnya. aku bersyukur teramat."

sekiranya ada yang memuji kecantikan atau ketampanan pasangan kita, maka dengan angkuhnya kita akan berkata , "tengok kaki la. kalau nak pasangan yang macam aku punya pun boleh,syaratnya belajar dengan aku."

tiba-tiba sahaja kita terlupa bahawa DIA yang berkuasa diatas segala-galanya. berdosakah kita jika menjwabpujian orang dengan kata-kata " SUBHANALLAH.... ALHAMDULILLAH . syukur pada TUHAN sebab buka pintu hati dia untuk menerima aku yang serba kekurangan ni".

salahkah kita untuk berkata sedemikian?? memang usaha itu kita yang melakukannya, tetapi yang mengizinkan adalah ALLAH yang maha ESA. Lupakah kita atau sengaja lupa??. sesungguhnya tanpa izin DIA ,jangankan hendak memikat hati orang,mengangkat sebilah jarum pun kita tidak berupaya. bukankah kita disuruh berusaha kemudian bertawakal kepadanya kerana segala yang ada di muka bumi ini milik DIA.

 siapa yang tidak gembira apabila dinaikkan pangkat? ia bukan sahaja mengubah kedudukan , tetapi juga pendapatan. lazimnya orang dinaikkan pangkat akan segera membuat majlis sebagai tanda kesyukuran tetapi adilkah kita?? siapa yang kita rai dan siapa pula yang kita jamu?? biasanya orang yang akan penuh perutnya dengan jamuan yang kita adakan ialah rakan-rakan sekerja

ada yang membawa rakan-rakan ke kantin pejabat, restoran lima bintang atau mungkin ke hotel mewah.
"makanlah apa sahaja yang engkau nak,aku belanja".
sedekahlah kononnya.... tetapi sedarkah kita apa yang dilakukan itu sebenarnya satu kesilapan ?? walaupun tidak berdosa, namun ia perbuatan yang merugikan. kenapa saya kata begitu?

,mereka yang kita rai adalah insan senang lagi berkemampuan. jika mereka mahu, tidak perlu kita belanja. bila-bila masa sahaja mereka boleh makan di mana-mana tempat yang mereka suka. mengapa?? sebab mereka mempunyai pendapatan sendiri . kenapa tidak dijamu anak-anak yatim yang serba kekurangan.? atau pergi sahaja kerumah orang tua-tua yang dipinggirkan dan merindukan kasih sayang seorang anak, apakah jatuh kedudukan kita sekiranya mengadakan majlis disitu.?

bukankah rezeki yang kita terima disuruh untuk membelanjakan ke jalan yang lebih menguntungkan?? lupakah kita,rezeki yang dikurniakan bukan untuk dimakan sendiri tapi menjadi tempat bernaung bagi pihak lain ? sebenarnya banyak lagi kesilapan-kesilapan kecil yang sengaja kita lakukan dan membawa kepada kerugian.

apabila mendapat keuntungan ataupun pujian , kita lupa untuk bersyukur kepad ALLAH yang maha agung. tetapi apabila ditimpa musibah , kesusahan atau kesediahn, pandai pula kita berkata semua yang berlaku adalah kehendaknya . kenapa sewaktu susah, batu kita menyebut nama ALLAH SWT??

fikirkan seketika...... apabila rumah tangga kita menghadapi masalah dan disoal,"mengapa boleh jadi macam ni"? jawapannya mungkin begini " nak buat macam mana, sudah takdir. ALLAH hanya beri aku hidup dengan dia sekejap sahaja. aku redha, apa yang berlaku ini mesti ada hikmahnya".

laaa.... kenapa pula kita melibatkan ALLAH SWT ?? bukankah kita insan hebat yang mampu menawan hati sesiapa sahaja? mengapa waktu dipuji dahulu kita tidak berkata " ini takdir dia untuk aku. aku terima amanah dan tanggungjawab ini. aku berdoa supaya rumah tangga aku kekal hingga ke akhir hayat."

saya tidak berniat untuk mencari kesilapan atau kelemahan sesiapa, tetapi semua ini berlaku dalam kehidupan kita . saya juga sebahagian dari makhluk yang dihidupkan di muka bumi ini. saya juga berhutang kepada ALLAH SWT. sebagai hamba yang berhutang, kita perlulah menyebut namanya selalu. nikmat-NYA kita terima dan jasa-NYA kita kenang

namun ada yang berkata " nak buat macam mana? inilah tabiat manusia. kenang waktu susah,lupa semasa senang."

lupakah kita akan akal yang diberi untuk berfikir ? sesungguhnya yang membezekan di antara kita dengan makhluk lain di bumi ini ialah akal fikiran . berat sangatkah untuk kita ucapkan ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH, ATAU KALIMAH SUCI YANG LAIN BAGI MENGGAMBARKAN KITA SENTIASA BERSYUKUR TANPA MENGIRA WAKTU? FIKIR-FIKIRKANLAH..........


sekadar ini dulu catitan dari makhluk ALLAH yang daif..

disunting dari buku komplikasi jiwa muslim- DR HM TUAH ISKANDAR al haj


No comments:

Post a Comment