Friday 10 August 2012

ayam panggang lada hitam

ari ni peja nk kongsi ilmu masakan kt korang sumer, AYAM PANGGANG LADA HITAM. mmg peja dh masak cam ni.. perghh mabless..... huhuh kalu korang nk tau try la buat...

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam
6 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan lada hitam(ditumbuk halus)
5 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan gula pasir

CARA PENYEDIAAN :

goreng bawang putih bersama minyak sehingga kekuningan. kemudian tutup api. tumbuk halia hingga lumat dan campurkan dengan lada hitam yang telah ditumbuk. kemudian masukkan bawang putih yang digoreng tadi bersama minyaknya dan lenyekkannya perlahan-lahan sehingga hancur. masukkan sos cili, sos tiram serta gula pasir dan kacau sehingga sebati.

selepas selesai, lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam tersebut dan perapkan selama sejam. kemudian panggang ayam tersebut di dalam pemanggang selama 30 minit.
jangan lupa untuk pusingkan kedua-dua belah alat pemanggang tersebut sehingga ayam itu cukup masak. ianya sedap dimakan bersama sos cili nasi ayam, sos cili bawang putih atau sos cili halia.

selesai~ selamat mencuba ye... huhu

No comments:

Post a Comment